Chin Lim Dental Penang

X-ray Gigi Di Pulau Pinang

X-ray Gigi

Mencipta Senyuman Menawan melalui Kepakaran dan Rawatan Terkini

Untuk memahami keadaan sebenar kesihatan gigi anda, doktor gigi perlu melihat lebih daripada apa yang nampak pada permukaan termasuk bahagian bawah gusi dan akar gigi. Dalam pemeriksaan biasa, x-ray gigi selalunya diperlukan untuk mengenal pasti punca kesakitan atau simptom lain yang membimbangkan. Di Chin Lim Dental, kami menggunakan teknologi x-ray pergigian yang canggih bagi memastikan diagnosis yang tepat serta perancangan rawatan yang lebih berkesan semuanya demi membantu anda mencapai dan mengekalkan kesihatan mulut yang terbaik.

dentist analyzes x ray photo

Apa Fungsi X-Ray Gigi?

X-ray gigi ialah ujian pengimejan yang menggunakan sejumlah kecil radiasi untuk menangkap gambar terperinci bahagian dalam mulut anda termasuk gigi, gusi dan tulang rahang. Gambar ini membolehkan doktor gigi mengesan masalah yang mungkin tidak dapat dilihat semasa pemeriksaan mulut biasa, seperti kaviti, kehilangan tulang, atau gigi yang terimpak (impacted teeth).

Jenis-Jenis X-Ray Pergigian

X-Ray Bitewing

X-ray jenis ini digunakan untuk mengesan kerosakan gigi (kaviti) di antara gigi serta memeriksa tahap sokongan tulang di sekeliling gigi. Pesakit akan menggigit kepingan filem atau sensor kecil, dan x-ray ini akan merakam imej gigi atas dan bawah dalam satu gambar.

X-Ray Periapikal

X-ray ini memberi visual terperinci sebatang gigi secara menyeluruh – termasuk akar gigi dan tulang berhampiran Ia amat berguna untuk mengenal pasti masalah seperti nanah (abses), jangkitan akar, dan kehilangan tulang.

X-Ray Panoramik

X-ray panoramik memberikan gambaran luas keseluruhan mulut, termasuk semua gigi, rahang, dan struktur sekitarnya. Ia biasanya digunakan untuk menilai keadaan kesihatan mulut secara keseluruhan dan merancang rawatan seperti cabutan atau implan.

Kadangkala, dalam kes kecemasan seperti sakit gigi yang teruk, doktor gigi mungkin akan menggunakan tampalan sementara. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dengan segera sebelum tampalan kekal dibuat dalam janji temu susulan. Tampalan sementara juga sering digunakan dalam proses rawatan pemulihan gigi bagi melindungi struktur gigi sementara menunggu rawatan lengkap.

Mengapa X-Ray Gigi Penting?

Pengesanan Awal: X-ray gigi membolehkan doktor gigi mengesan masalah pada peringkat awal. Bila masalah dikesan awal, rawatan boleh dimulakan segera, sekali gus mengelakkan komplikasi yang lebih serius dan mengurangkan keperluan prosedur yang rumit.

Diagnosis yang Tepat: Dengan memberikan pandangan jelas terhadap struktur dalaman mulut, x-ray membantu doktor gigi membuat diagnosis yang lebih tepat termasuk bagi isu seperti kaviti, penyakit gusi, kehilangan tulang dan jangkitan.

Perancangan Rawatan: X-ray sangat penting dalam merancang pelbagai jenis rawatan pergigian seperti tampalan, rawatan akar, implan dan pendakap gigi (braces). Ia membolehkan doktor gigi merangka pelan rawatan menyeluruh yang sesuai dengan keperluan anda.

Pantauan Berkala: Bagi rawatan yang berterusan atau keadaan tertentu, x-ray membolehkan doktor gigi memantau perkembangan rawatan dan memastikan ia berjalan dengan baik serta berkesan.

dental instruments and jaw x ray on white table p 2023 11 27 05 31 41 utc

Temu Janji X-Ray Gigi di Klinik Chin & Lim

Penyediaan Gigi

Sebelum x-ray diambil, anda mungkin diminta untuk menanggalkan sebarang objek logam seperti barang kemas atau cermin mata. Sehelai apron plumbum akan diletakkan di bahagian dada anda untuk melindungi tubuh daripada radiasi.

Posisi

Anda akan diarahkan untuk berdiri atau duduk di hadapan mesin x-ray. Juruteknik akan meletakkan filem kecil atau sensor di dalam mulut anda, bergantung pada jenis x-ray yang akan diambil.

Pengimejan

Mesin x-ray akan merakam imej yang diperlukan. Anda mungkin diminta untuk kekal diam seketika dan dalam sesetengah kes, menggigit perlahan pada filem atau sensor tersebut.

Siap

Proses ini biasanya mengambil masa hanya beberapa minit. Imej x-ray akan disemak oleh doktor gigi, yang kemudian akan berbincang dengan anda mengenai keputusan dan mencadangkan sebarang rawatan yang mungkin diperlukan.

Kenapa Pilih Kami

Kecemerlangan, Inovasi, Kepercayaan!

Nikmati pengalaman rawatan yang selesa dan lancar di klinik kami, di mana keutamaan diberikan sepenuhnya kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.

Pasukan kami yang berpengalaman dan berdedikasi sedia untuk memberikan layanan yang selamat dan mesra. Dengan kepakaran di Chin & Lim, anda akan dapat hasil yang terbaik untuk mendapatkan senyuman sihat dan menawan yang berkekalan.

Icon Why Choose2

Kepakaran

Pasukan pergigian berkemahiran tinggi yang berdedikasi untuk memberikan hasil terbaik.

Icon Why Choose1

Teknologi Terkini

Peralatan moden dan canggih untuk memastikan ketepatan dan keselesaan semasa rawatan.

Icon Why Choose3

Pengalaman

Hampir sedekad berkhidmat untuk komuniti setempat dengan penuh dedikasi.

Icon Why Choose4

Persekitaran Selesa

Ruang klinik moden dan tenang untuk pengalaman rawatan yang lebih santai dan menyenangkan.

Testimoni

Apa Kata Pesakit Kami

4.9
Based on 455 reviews
powered by Google
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic c38223b9c5550581a81ca8e166370ec5Jacob Y
03:00 06 Mar 24
It's my first visit here. Had teeth whitening done along with scaling. Doctor is very patient and gentle.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 8809e62a485201aa3f579cbe505b272fNicole Tan
09:03 05 Mar 24
Thank you Dr Lim Shin Yi
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic e1916b426bedbb203b499f83c7b50b12Ng Yong Chen
00:08 05 Mar 24
I had two wisdom teeth extracted yesterday. Was kinda nervous but Dr Mike Heng was super reassuring. He did his best to keep the pain minimal and explained the post-surgery care thoroughly.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic d079cbd28bea5ce0652efd9cd03d41bcCarlson Wong
00:43 04 Mar 24
My mouth feel fresh after doing scalling treatment. Very good and excellent service. The Dr Dentist also very Good!!!!!👍👍👍👍👍 I will introduce to my family members and friends
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 40cd4bd492446bae949736826b6fbec6Aryas Macho
12:05 03 Mar 24
Had such a great experience in removing my wisdom tooth here. Dr is very gentle during the whole process.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 95f94e20c8b3025b6c73ae9b277ff705Siti Aisyah
11:47 28 Feb 24
Excellent services. 1st time coming for scaling. It was an excellent consultation with comfortable environment. The staff and dr were very friendly. They will advice you if you got any teeth problem to be treated in future. I also come for 2nd time for my wisdom teeth removal. It was a good and comfort experience.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 5b1e8ba1808da7b490c79301ab80f41eDouglas Er
03:20 21 Feb 24
my first time scaling after years- it went so well. doctor and staffs very polite and nice. thank you dr. and staffs chin dental clinic 🦷 will definitely go again for another treatment
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 366891a33503a7150336e0ed8af4285fCHAN ZI MING
01:49 28 Jan 24
I'm so happy with their service & dental treatment. Clinic was very clean & tidy. Friendly service and knowledgeable dentist. And their treatment charge also affordable. It is very comfortable experience compared to the others I have had in the past because the dentist was very gentle & caring.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic acfda19a7218037a564f8797e08ad7ebShawn Khoo
12:47 01 Dec 23
Had a wonderful teeth whitening experience with Dr. Mey. She’s so sweet and very warming with her way of communications and gestures, like a sweet mom 😂. The teeth whitening has a total of 4 cycles to complete, Dr. Mey refused to let me proceed to the 4th cycle as my teeth got super sensitive after the 3rd cycle, and we continued the procedure few days later with no extra charges. They provided me some medicines as well to cope with the temporary side effects after the treatment (intermittent pain from your teeth being super sensitive), which typically lasts around 4 hours after the treatment.Plus, I got the 999 MYR year-end promotion for the teeth whitening treatment which is super worth it. Other clinics were charging 1400-1600 MYR for this. Friendly staffs, cozy environment, and a cheap package, an easy win for me.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 44cbe785935898acae022d0d8592218eLoh Choon weng
14:56 05 Oct 23
First of all I will to thanks dr Lim Shin Yi for checking up wisdom tooth problem, a professional advice been given by Dr. Lim, I was really worry about it coz I had really bad experience with another doctor but once I talk to Dr. Lim then I have decided to do operation with her coz she give me very good advice on when to take it out, what I need to prevent and what will happen if I didn’t take it out! Her professional skill even well planned ahead my healing time and schedule it well once I take out the wisdom tooth then need to check n fix the other damage one!! I will definitely n strongly recommend Dr Lim Shin Yi if u have any problem, by just talking to her then u will know all ur teeth are in good hand !!! She’s really good with kid too coz my girl was really scare about dentist checking but she’s really happy with Dr lim, and she didn’t cry during the check up, what’s make it best is my girl get balloon after she’s done with the check up! A kind heart n lovely dentist that u will never wanna miss out!!!
js_loader

X-Ray Gigi di Chin & Lim Dental, Pulau Pinang

Jika anda perlukan x-ray gigi atau ada sebarang persoalan tentang prosesnya, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami. Pasukan kami berdedikasi untuk memberikan penjagaan berkualiti tinggi dan memastikan pengalaman x-ray anda berjalan lancar dan efisien. X-ray gigi secara berkala adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan mulut. Jadi, buat temu janji hari ini dan pastikan senyuman anda kekal sihat dan menawan!

Dental Clinic Krystal Point

FAQ on X-rays

Yes. Modern dental X-rays use digital technology with minimal radiation exposure.  Additionally, dentists only recommend them when necessary, considering your individual needs and risk factors.  Lead aprons and thyroid shields are also used for further protection.

The frequency depends on your individual dental health and risk factors. Your dentist will determine the appropriate schedule based on your needs.

Inform your dentist if you’re pregnant or suspect you might be. While X-rays are generally safe, alternative options might be considered during pregnancy.

No.  The X-ray machine itself doesn’t cause any pain.  You might feel slight discomfort from holding the bitewing film in place for a few seconds.

Get a Dental X-ray at Your Next Check Up!

ms_MYMalay