Implan Gigi Di Penang
Implan Gigi
Gigi rongak bukan sahaja menjejaskan penampilan senyuman, malah boleh mengganggu keupayaan seseorang untuk mengunyah makanan dan bertutur dengan jelas. Implan gigi dipilih sebagai solusi yang berkesan, membantu memulihkan fungsi serta estetika gigi dengan hasil yang kelihatan semula jadi dan tahan lama.
Di Chin Lim Dental, kami membantu pesakit mendapatkan senyuman yang sihat dan lengkap melalui rawatan implan terkini. Pasukan doktor gigi kami yang berpengalaman menggunakan teknologi canggih serta pendekatan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan individu, bagi memastikan prosedur implan gigi berjalan dengan selesa dan berjaya.
Apa Itu Implan Gigi?
Implan gigi adalah struktur kecil yang diperbuat daripada titanium bioserasi dan ditanam secara pembedahan ke dalam tulang rahang. Bahan ini selamat untuk tubuh dan direka bagi menggantikan akar gigi yang hilang. Selepas pemasangan, implan akan bercantum dengan tulang rahang melalui proses yang dikenali sebagai osseointegrasi. Proses ini menjadikan implan kukuh dan stabil, hampir menyerupai fungsi akar gigi semula jadi. Seterusnya, komponen penyambung (abutment) dipasang untuk menyokong gigi palsu seperti mahkota (crown gigi), jambatan (bridge gigi) atau gigi palsu penuh, bergantung kepada jenis implan gigi yang dipilih
Terdapat pelbagai jenis implan gigi yang direka bagi memenuhi keperluan individu serta keadaan tulang rahang setiap pesakit. Dengan pilihan rawatan yang berbeza, proses memilih implan yang paling sesuai mungkin kelihatan mengelirukan, terutamanya bagi mereka yang pertama kali mempertimbangkan rawatan ini. With various dental implant options available, choosing the right one can be confusing. A consultation with our experienced dentist will determine the best choice for your needs.

Implan Endosteal
Implan jenis ini paling kerap digunakan dengan doktor gigi. Bentuk implan ini skru kecil yang ditanam terus ke dalam tulang rahang melalui pembedahan. Implan endosteal sesuai untuk menggantikan satu gigi atau beberapa batang gigi yang hilang, bergantung kepada keperluan pesakit dan keadaan tulang rahang.

Implan Subperiosteal
Implan subperiosteal mempunyai bentuk seperti bilah dan diletakkan di atas atau pada permukaan tulang rahang, bukannya di dalam tulang. Kaedah ini disyorkan kepada pesakit yang mempunyai ketinggian atau ketumpatan tulang rahang yang terhad dan tidak sesuai untuk jenis implan yang ditanam terus ke dalam tulang.

Implan Gigi Palsu (Denture Implants)
Berbanding dengan gigi palsu konvensional yang hanya bergantung pada gusi, implan jenis ini menggunakan beberapa implan yang dipasang secara strategik pada tulang rahang sebagai sokongan. Implan tersebut dilengkapi sistem pengunci atau klip khas yang membantu gigi palsu melekat dengan lebih kukuh, sekali gus meningkatkan keselesaan ketika makan dan bercakap.

Implan Gigi All-on-4
Teknik All-on-4 boleh pasang keseluruhan gigi pada satu lengkung rahang (atas atau bawah) dengan hanya empat implan yang menyokong gigi palsu tetap atau jambatan gigi. Cara ini mengurangkan bilangan implan yang diperlukan, berpotensi memendekkan tempoh rawatan, dan dalam sesetengah kes, gigi sementara boleh dipasang pada hari yang sama selepas prosedur dilakukan.
Kelebihan Implan Gigi
Penampilan Semula Jadi: Rawatan ini direka supaya fungsi dan rasa hampir seperti gigi asal. Anda boleh makan, bercakap dan senyum dengan lebih yakin tanpa rasa janggal.
Kesihatan Mulut Lebih Baik: Implan membantu mengelakkan gigi bersebelahan daripada bergerak serta kurangkan risiko penyusutan tulang rahang. Ini penting bagi mengekalkan struktur dan kekuatan rahang dalam jangka panjang.
Tahan Lama: Dengan penjagaan yang betul, implan mempunyai ketahanan yang tinggi dan boleh bertahan bertahun-tahun lamanya. Ia juga tidak terjejas oleh masalah gigi berlubang seperti gigi semula jadi, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap kerosakan berulang.
Fungsi Mengunyah dan Pertuturan Lebih Baik: Rawatan ini memulihkan keupayaan mengunyah makanan dengan berkesan dan membantu pertuturan menjadi lebih jelas. Berbanding dengan gigi palsu biasa, ia tidak mudah longgar atau menyebabkan ketidakselesaan.
Siapakah Yang Sesuai Mendapatkan Implan Gigi?
Implan merupakan pilihan rawatan yang fleksibel dan sesuai untuk ramai individu yang mengalami kehilangan gigi. Namun begitu, pemeriksaan dan rundingan bersama doktor gigi amat penting bagi menentukan kesesuaian rawatan ini. Secara umum, calon yang sesuai haruslah mempunyai keadaan gusi dan ketumpatan tulang rahang yang sihat untuk menyokong implan. Melalui penilaian profesional, doktor akan memastikan rawatan ini selamat dan memberikan hasil yang optimum untuk keperluan anda..
Prosedur Implan Gigi
Rawatan implan bermula dengan penilaian menyeluruh oleh doktor gigi bagi menentukan sama ada ia sesuai untuk anda. Pelan rawatan terperinci akan disediakan, termasuk pemeriksaan X-ray dan imbasan 3D bagi memastikan penempatan implan dilakukan dengan tepat dan selamat.
Penanaman Implan
Dengan prosedur pembedahan kecil, implan akan ditanam ke dalam tulang rahang. Rawatan ini dijalankan menggunakan bius tempatan atau sedasi, bergantung kepada keperluan individu.
Proses Penyatuan Tulang (Osseointegrasi)
Selepas penanaman, tulang rahang akan melalui tempoh penyembuhan dan bercantum dengan implan dalam beberapa bulan. Sepanjang tempoh ini, pesakit biasanya akan memakai gigi gantian sementara untuk mengekalkan fungsi dan penampilan.
Pemasangan Abutmen
Selepas proses penyembuhan selesai, satu komponen kecil yang dikenali sebagai abutmen akan dipasang pada implan. Bahagian ini berfungsi sebagai penyambung antara implan dan gigi gantian.
Pemasangan Gigi Gantian Kekal
Langkah terakhir melibatkan pemasangan gigi gantian kekal seperti mahkota, jambatan atau gigi palsu pada abutmen. Hasilnya ialah gigi baharu yang kukuh, berfungsi dengan baik dan kelihatan semula jadi.
Pakar Pergigian Implan Anda

Dr. Elben Lim Jo Han
ORAL IMPLANTOLOGIST
OSSTEM DENTAL IMPLANT K.O.L M'SIA
BEYOND WHITENING K.O.L M'SIA
CLINICAL DIRECTOR
B.D.S (Malaya), FICOI (USA), FICCDE, FICD

Dr. Chin Hoi Cheng
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya), FICOI (USA), FICD (USA),
FICCDE, Dip (Ortho)

Dr. Elaine Lim Ee Lian
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya), MFDS RCS (Edinburgh),
FICD (USA), FICOI (USA)

Dr Lim Keng Siang
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya)

Dr. Heng Tee Lun
ORAL & MAXILLOFACIAL SURGEON
B.D.S (MANIPAL), MFDSRCS (EDINBURGH), MCLINDENT (OMFS)(MALAYA)

Dr Lim Shin Yi
DENTAL SURGEON
B.D.S (India), FAFO

Dr Eunice Wong
DENTAL SURGEON
B.D.S (India), FAFO
Barisan doktor pergigian kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam prosedur pemasangan dan pemulihan implan gigi. Pengetahuan luas mereka dalam bidang implan, digabungkan dengan ketelitian yang mendalam, memastikan anda menerima penjagaan berkualiti tinggi bagi mencapai hasil yang tampak asli serta berfungsi dengan sempurna.
Kecemerlangan, Inovasi, Kepercayaan!
Nikmati pengalaman rawatan yang selesa dan lancar di klinik kami, di mana keutamaan diberikan sepenuhnya kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.
Pasukan kami yang berpengalaman dan berdedikasi sedia untuk memberikan layanan yang selamat dan mesra. Dengan kepakaran di Chin & Lim, anda akan dapat hasil yang terbaik untuk mendapatkan senyuman sihat dan menawan yang berkekalan.
Kepakaran
Pasukan pergigian berkemahiran tinggi yang berdedikasi untuk memberikan hasil terbaik.
Teknologi Terkini
Peralatan moden dan canggih untuk memastikan ketepatan dan keselesaan semasa rawatan.
Pengalaman
Hampir sedekad berkhidmat untuk komuniti setempat dengan penuh dedikasi.
Persekitaran Selesa
Ruang klinik moden dan tenang untuk pengalaman rawatan yang lebih santai dan menyenangkan.
Apa Kata Pesakit Kami
Implan Gigi di Chin & Lim Dental Penang
Sekiranya anda sedang mencari penyelesaian jangka panjang yang kelihatan semula jadi untuk menggantikan gigi yang rongak, rawatan implan boleh menjadi pilihan yang tepat. Hubungi kami hari ini untuk perundingan profesional serta pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan anda – termasuk anggaran harga implan gigi yang telus – bagi mendapatkan semula senyuman yang lengkap, sihat, dan penuh keyakinan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Implan Gigi
Tempoh keseluruhan prosedur implan gigi biasanya mengambil masa beberapa bulan. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah implan yang diperlukan, keadaan tulang rahang, serta tempoh penyembuhan selepas pembedahan. Dalam sesetengah kes, rawatan boleh dilakukan secara berperingkat bagi memastikan hasil yang optimum.
Kebanyakan pesakit tidak mengalami kesakitan yang teruk kerana pemasangan implan dilakukan dengan bius. Selepas rawatan, mungkin akan timbul rasa bengkak atau tidak selesa buat sementara waktu. Keadaan ini biasanya dapat dikawal dengan ubat tahan sakit yang disarankan oleh doktor gigi. Doktor juga akan menerangkan langkah pengurusan kesakitan sebelum rawatan dijalankan.
Dari segi kos, harga implan gigi sememangnya lebih tinggi berbanding gigi palsu atau jambatan gigi konvensional. Namun, ketahanan jangka panjang serta fungsi yang hampir menyerupai gigi asli menjadikan rawatan ini satu pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan mulut dalam jangka masa panjang.
Dengan penjagaan yang betul, implan gigi boleh bertahan seumur hidup. Amalan kebersihan mulut yang baik, seperti memberus gigi secara berkala, menggunakan flos, serta pemeriksaan rutin dengan doktor gigi amat penting untuk memastikan implan kekal kukuh dan sihat.









