Chin Lim Dental Penang

Check Gigi di Pulau Pinang

Check Gigi: Pentingnya Jaga Kesihatan Mulut Sejak Awal

Mencipta Senyuman Menawan melalui Kepakaran dan Rawatan Terkini

Senyuman sihat bermula dengan check gigi secara berkala. Di Chin Lim Dental, kami percaya bahawa langkah pencegahan adalah kunci untuk kekalkan kesihatan mulut yang terbaik. Check gigi bukan sekadar memastikan gigi kelihatan bersih, tetapi juga penting untuk kesan masalah yang mungkin tersembunyi sebelum ia jadi lebih serius. Sama ada ini lawatan berkala anda dua kali setahun, check gigi semasa mengandung atau kali pertama bersama kami, pemeriksaan gigi menyeluruh kami direka khas untuk pastikan senyuman anda kekal sihat dan berseri.

smiling teenager checking healthy teeth in dental 2023 11 27 04 54 30 utc

Apa Itu Check Gigi?

Check gigi secara berkala selalunya merangkumi pemeriksaan mulut, cucian profesional, serta ujian diagnostik seperti X-ray jika perlu. Lawatan rutin ini penting untuk kesan awal tanda-tanda masalah gigi, menjaga kebersihan mulut dengan lebih berkesan, dan dapatkan nasihat pakar tentang penjagaan gigi yang betul. Kami sarankan anda periksa gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali sebagai langkah proaktif untuk kekal sihat dari segi oral.

dentist hands working young woman patient with dental tools

Pemeriksaan Mulut

Semasa check up gigi, doktor gigi kami akan meneliti keadaan gigi, gusi dan keseluruhan mulut anda untuk mengesan sebarang tanda masalah pergigian. Pemeriksaan ini penting untuk mengenal pasti isu sejak awal, supaya rawatan boleh diberikan dengan cepat dan berkesan.

scaling and polishing

Cucian Profesional

Dokter Gigi akan menjalankan cucian profesional untuk menanggalkan plak dan karang gigi yang mungkin tidak dapat dibersihkan sepenuhnya melalui memberus dan flos harian. Proses ini bukan sahaja membantu mengekalkan senyuman yang bersih dan segar, malah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

dentist analyzes x ray photo

X-ray Gigi

Bergantung pada sejarah pergigian dan keadaan semasa anda, doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan X-ray untuk melihat dengan lebih jelas struktur gigi, akar, dan tulang rahang anda. Imej ini sangat penting untuk kesan masalah yang tidak dapat dilihat melalui pemeriksaan biasa, seperti gigi terimpak, gusi bernanah, atau kehilangan tulang

gum treatment

Nasihat Jaga Kebersihan Mulut

Kami faham bahawa setiap pesakit mempunyai keperluan yang berbeza. Selepas pemeriksaan, doktor gigi kami akan memberikan nasihat yang bersesuaian dengan keadaan anda untuk membantu anda menjaga kesihatan mulut dengan lebih baik. Ini termasuk tip memberus, menggunakan flos, pemakanan, serta sebarang isu khusus yang anda ingin tahu.

Isu Kesihatan Gigi yang Perlu Diberi Perhatian

Karies Gigi (Cavities)

Karies gigi, atau lebih dikenali sebagai cavity, berlaku apabila lapisan enamel pada gigi terhakis akibat asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut. Jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan betul, ia boleh menyebabkan lubang atau lekuk kecil terbentuk pada permukaan gigi. Doktor gigi akan menggunakan cermin kecil dan alat khas untuk memeriksa sama ada terdapat tanda-tanda kerosakan seperti perubahan warna atau lubang halus pada gigi.

Jika karies dikesan, doktor akan mencadangkan pelan rawatan bergantung pada tahap kerosakan. Untuk karies kecil, rawatan biasanya melibatkan tampalan ringkas. Namun, jika kerosakan telah sampai ke bahagian dalam gigi (pulp), prosedur seperti rawatan akar mungkin diperlukan. Lebih awal masalah ini dirawat, lebih mudah dan kurang mahal rawatannya.

Penyakit Gusi

Penyakit gusi, atau turut dikenali sebagai penyakit periodontal, ialah jangkitan pada tisu yang memegang gigi di tempatnya. Ia biasanya berpunca dari tabiat memberus dan flos yang tidak konsisten. Plak, iaitu lapisan bakteria yang melekit, akan terkumpul dan mengeras pada permukaan gigi. Pada peringkat awal, gusi akan menjadi merah, bengkak, dan mungkin berdarah ketika memberus atau menggunakan flos. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis.

Jika tidak dirawat, gingivitis boleh berkembang menjadi periodontitis, di mana lapisan dalam gusi dan tulang mula tertarik menjauhi gigi, dan membentuk ruang ‘poket’. Dalam kes yang lebih serius, rawatan mendalam seperti deep scaling dan root planing mungkin diperlukan, iaitu prosedur pembersihan menyeluruh untuk membuang karang gigi di bawah garisan gusi serta meratakan akar gigi. Jika kerosakan sudah terlalu teruk, rawatan pembedahan mungkin menjadi pilihan terakhir.

Kanser Mulut

Pengesanan awal amat penting untuk meningkatkan peluang rawatan yang berjaya. Semasa pemeriksaan, doktor gigi akan melihat secara seluruh bahagian mulut anda termasuk bibir, gusi, lidah, bahagian dalam pipi, lelangit atas dan bawah mulut, serta bahagian belakang tekak. Mereka akan mencari tanda-tanda luar biasa seperti tompokan merah atau putih, ulser yang tidak sembuh, benjolan, atau sebarang perubahan yang mencurigakan. Faktor risiko termasuk tabiat merokok, pengambilan alkohol, jangkitan HPV, serta pendedahan matahari yang berlebihan pada bibir. Jika perlu, doktor gigi mungkin akan merujuk anda kepada pakar bedah mulut atau pakar lain untuk pemeriksaan lanjut dan diagnosis yang lebih terperinci.

Kelebihan Check Gigi Secara Berkala

1. Pengesanan Awal Masalah Gigi Banyak masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi boleh berlaku tanpa sebarang simptom yang jelas. Melalui check up gigi secara berkala, kita dapat kesan dan rawat masalah ini lebih awal – sebelum ia menjadi lebih serius dan sukar dirawat.

2. Penjagaan Secara Pencegahan Pemeriksaan dan cucian gigi yang dilakukan secara rutin dapat mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi, dan pelbagai isu kesihatan mulut yang lain. Pendekatan proaktif ini bukan saja menjimatkan masa dan kos, malah mengurangkan ketidakselesaan dalam jangka panjang.

3. Menyokong Kesihatan Badan Dan Menyeluruh Kesihatan mulut sangat berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan. Kajian menunjukkan penyakit gusi ada kaitan dengan masalah seperti sakit jantung dan diabetes. Jadi, menjaga mulut bermakna anda turut menjaga kesihatan badan secara keseluruhan.

4. Pelan Rawatan Mengikut Keperluan IndividuPasukan pergigian kami akan memberikan nasihat dan pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan anda. Ini memastikan anda menerima penjagaan yang paling tepat dan berkesan untuk kesihatan mulut anda.

Veneers0

Temujanji Check Gigi Anda

Berdasarkan keadaan kesihatan mulut anda, kami akan menjadualkan check up gigi yang seterusnya dan mencadangkan sebarang rawatan tambahan jika diperlukan.

Sesi Konsultasi

Sebaik sahaja anda tiba, anda akan diminta untuk mengisi borang sejarah perubatan bagi memaklumkan sebarang perubahan terkini pada kesihatan anda. Ini membolehkan doktor gigi kami memberikan rawatan yang selamat dan bersesuaian dengan keperluan anda.

Pemeriksaan Mulut

Doktor gigi kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas mulut anda, termasuk menilai keadaan keseluruhan gigi serta mengesan sebarang tanda awal masalah pergigian.

Pembersihan Gigi

Pakar kebersihan gigi kami akan melakukan cucian menyeluruh bagi menanggalkan plak dan karang gigi, menggilap permukaan gigi anda, dan membuatkan mulut anda terasa bersih dan segar.

X-ray (Jika Perlu)

Jika diperlukan, X-ray akan diambil untuk memberi gambaran lengkap tentang kesihatan mulut anda, termasuk mengenal pasti masalah tersembunyi yang tidak dapat dilihat semasa pemeriksaan biasa.

Kenapa Pilih Kami

Kecemerlangan, Inovasi, Kepercayaan!

Nikmati pengalaman rawatan yang selesa dan lancar di klinik kami, di mana keutamaan diberikan sepenuhnya kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.

Pasukan kami yang berpengalaman dan berdedikasi sedia untuk memberikan layanan yang selamat dan mesra. Dengan kepakaran di Chin & Lim, anda akan dapat hasil yang terbaik untuk mendapatkan senyuman sihat dan menawan yang berkekalan.

Icon Why Choose2

Kepakaran

Pasukan pergigian berkemahiran tinggi yang berdedikasi untuk memberikan hasil terbaik.

Icon Why Choose1

Teknologi Terkini

Peralatan moden dan canggih untuk memastikan ketepatan dan keselesaan semasa rawatan.

Icon Why Choose3

Pengalaman

Hampir sedekad berkhidmat untuk komuniti setempat dengan penuh dedikasi.

Icon Why Choose4

Persekitaran Selesa

Ruang klinik moden dan tenang untuk pengalaman rawatan yang lebih santai dan menyenangkan.

Testimoni

Apa Kata Pesakit Kami

4.9
Based on 455 reviews
powered by Google
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic c38223b9c5550581a81ca8e166370ec5Jacob Y
03:00 06 Mar 24
It's my first visit here. Had teeth whitening done along with scaling. Doctor is very patient and gentle.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 8809e62a485201aa3f579cbe505b272fNicole Tan
09:03 05 Mar 24
Thank you Dr Lim Shin Yi
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic e1916b426bedbb203b499f83c7b50b12Ng Yong Chen
00:08 05 Mar 24
I had two wisdom teeth extracted yesterday. Was kinda nervous but Dr Mike Heng was super reassuring. He did his best to keep the pain minimal and explained the post-surgery care thoroughly.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic d079cbd28bea5ce0652efd9cd03d41bcCarlson Wong
00:43 04 Mar 24
My mouth feel fresh after doing scalling treatment. Very good and excellent service. The Dr Dentist also very Good!!!!!👍👍👍👍👍 I will introduce to my family members and friends
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 40cd4bd492446bae949736826b6fbec6Aryas Macho
12:05 03 Mar 24
Had such a great experience in removing my wisdom tooth here. Dr is very gentle during the whole process.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 95f94e20c8b3025b6c73ae9b277ff705Siti Aisyah
11:47 28 Feb 24
Excellent services. 1st time coming for scaling. It was an excellent consultation with comfortable environment. The staff and dr were very friendly. They will advice you if you got any teeth problem to be treated in future. I also come for 2nd time for my wisdom teeth removal. It was a good and comfort experience.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 5b1e8ba1808da7b490c79301ab80f41eDouglas Er
03:20 21 Feb 24
my first time scaling after years- it went so well. doctor and staffs very polite and nice. thank you dr. and staffs chin dental clinic 🦷 will definitely go again for another treatment
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 366891a33503a7150336e0ed8af4285fCHAN ZI MING
01:49 28 Jan 24
I'm so happy with their service & dental treatment. Clinic was very clean & tidy. Friendly service and knowledgeable dentist. And their treatment charge also affordable. It is very comfortable experience compared to the others I have had in the past because the dentist was very gentle & caring.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic acfda19a7218037a564f8797e08ad7ebShawn Khoo
12:47 01 Dec 23
Had a wonderful teeth whitening experience with Dr. Mey. She’s so sweet and very warming with her way of communications and gestures, like a sweet mom 😂. The teeth whitening has a total of 4 cycles to complete, Dr. Mey refused to let me proceed to the 4th cycle as my teeth got super sensitive after the 3rd cycle, and we continued the procedure few days later with no extra charges. They provided me some medicines as well to cope with the temporary side effects after the treatment (intermittent pain from your teeth being super sensitive), which typically lasts around 4 hours after the treatment.Plus, I got the 999 MYR year-end promotion for the teeth whitening treatment which is super worth it. Other clinics were charging 1400-1600 MYR for this. Friendly staffs, cozy environment, and a cheap package, an easy win for me.
ChIJrReOc1vASjARLKc9tDqP1Ic 44cbe785935898acae022d0d8592218eLoh Choon weng
14:56 05 Oct 23
First of all I will to thanks dr Lim Shin Yi for checking up wisdom tooth problem, a professional advice been given by Dr. Lim, I was really worry about it coz I had really bad experience with another doctor but once I talk to Dr. Lim then I have decided to do operation with her coz she give me very good advice on when to take it out, what I need to prevent and what will happen if I didn’t take it out! Her professional skill even well planned ahead my healing time and schedule it well once I take out the wisdom tooth then need to check n fix the other damage one!! I will definitely n strongly recommend Dr Lim Shin Yi if u have any problem, by just talking to her then u will know all ur teeth are in good hand !!! She’s really good with kid too coz my girl was really scare about dentist checking but she’s really happy with Dr lim, and she didn’t cry during the check up, what’s make it best is my girl get balloon after she’s done with the check up! A kind heart n lovely dentist that u will never wanna miss out!!!
js_loader

Check Gigi di Chin & Lim Dental, Pulau Pinang

Jangan tunggu sehingga ada masalah baru nak jumpa doktor gigi. Check up gigi secara berkala sangat penting untuk kekalkan senyuman sihat dan mencegah masalah yang lebih besar di kemudian hari. Di Chin Lim Dental, kami komited untuk memberikan rawatan terbaik dalam suasana yang selesa dan mesra untuk semua.

Dental Clinic Krystal Point

Soalan Lazim Mengenai Check Gigi

Secara umum, disarankan untuk periksa gigi setiap enam bulan sekali. Namun begitu, doktor gigi anda mungkin mencadangkan lawatan yang lebih kerap bergantung pada keadaan kesihatan mulut anda.

Kebiasaannya, check up gigi tidak menyakitkan. Namun, sesetengah pesakit mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa proses cucian, terutamanya jika terdapat banyak plak atau karang gigi. Doktor gigi akan pastikan anda selesa sepanjang prosedur.

Jika anda sudah lama tidak buat pemeriksaan gigi, jangan risau. Belum terlambat untuk mula jaga kesihatan mulut anda. Buat temujanji dan maklumkan kepada doktor tentang sebarang kebimbangan anda. Mereka akan bantu susun pelan rawatan yang sesuai untuk kembalikan kesihatan mulut anda.

Ya, check up gigi semasa hamil adalah selamat dan penting. Beritahu doktor gigi bahawa anda sedang hamil kerana ada sesetengah rawatan mungkin perlu ditangguhkan. Menjaga kesihatan mulut ketika hamil boleh bantu mencegah masalah berkaitan kehamilan seperti gusi bengkak atau berdarah.

Kembalikan Senyuman Menawan Anda Hari Ini!

ms_MYMalay