Rawatan Kosmetik Gigi Di Penang
Pergigian Estetik
Pergigian kosmetik bukan sekadar memberi senyuman yang cerah dan tersusun, tetapi turut menitikberatkan aspek kesihatan dan fungsi gigi secara menyeluruh. Di Chin Lim Dental, kami menyediakan pelbagai jenis rawatan kosmetik gigi yang komprehensif untuk membantu memperelok senyuman anda serta meningkatkan kualiti hidup.
Servis Kami

Veneer Gigi
Veneer merupakan lapisan nipis yang diperbuat daripada porselin atau resin, dilekatkan pada bahagian hadapan gigi bagi mengubah warna, bentuk dan saiz gigi secara serta-merta. Ia juga berkesan untuk menutup ruang antara gigi, sekali gus menampilkan senyuman yang lebih sempurna.

Pemutihan Gigi
Kami menawarkan pilihan rawatan untuk putihkan gigi secara profesional yang jauh lebih berkesan berbanding produk di pasaran. Prosedur ini dijalankan dengan teliti oleh pakar bagi memastikan keselamatan gusi dan struktur gigi anda sentiasa terpelihara.

Crown Gigi
Bagi gigi yang rosak teruk, retak atau mereput, mahkota gigi merupakan penyelesaian terbaik. Ia bertindak sebagai pelindung dengan menutup keseluruhan permukaan gigi menggunakan pelapik khas yang direka mengikut bentuk gigi asal, sekali gus mengembalikan fungsi dan estetika gigi anda.

Pelekat Gigi (Dental Bonding)
Perbaiki gigi yang pecah, retak, atau berubah warna dengan resin berwarna semula jadi yang menyerupai gigi asli. Rawatan ini akan membantu memulihkan senyuman anda agar kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Inlay dan Onlay
Untuk kerosakan gigi yang lebih teruk daripada sekadar tampalan biasa, inlay dan onlay menawarkan penyelesaian yang lebih kuat dan tahan lama, sekaligus memulihkan fungsi serta penampilan gigi anda dengan lebih baik.

Implan Gigi
Akar implan gigi yang dipasang melalui prosedur pembedahan berfungsi sebagai asas kukuh bagi menyokong mahkota gigi (crown) yang kelihatan semula jadi. Rawatan ini memberikan fungsi, kestabilan, dan estetik yang hampir setanding dengan gigi asli.
Dentist Kami

Dr. Elben Lim Jo Han
ORAL IMPLANTOLOGIST
OSSTEM DENTAL IMPLANT K.O.L M'SIA
BEYOND WHITENING K.O.L M'SIA
CLINICAL DIRECTOR
B.D.S (Malaya), FICOI (USA), FICCDE, FICD

Dr. Chin Hoi Cheng
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya), FICOI (USA), FICD (USA),
FICCDE, Dip (Ortho)

Dr. Elaine Lim Ee Lian
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya), MFDS RCS (Edinburgh),
FICD (USA), FICOI (USA)

Dr. Lim Keng Siang
DIRECTOR, DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya)

Dr. Lim Shin Yi
DENTAL SURGEON
B.D.S (India), FAFO

Dr. Hu Hui Qing
DENTAL SURGEON
B.D.S (AIMST), MFDSRCS (Edinburgh)

Dr. Esther Toh Yee Juin
DENTAL SURGEON
B.D.S (Malaya)

Dr. Lim Mey Che
DENTAL SURGEON
B.D.S (AIMST)

Dr. Sim Kar Sheng
DENTAL SURGEON
B.D.S (USM)

Dr. Goh Kah Yee
DENTAL SURGEON
B.D.S (AIMST)

Dr. Lim Yu Xiang
DENTAL SURGEON
D.D.S (USU)

Dr Eunice Wong Jia Pei
DENTAL SURGEON
BDS (India)
Kecemerlangan, Inovasi, Kepercayaan!
Nikmati pengalaman rawatan yang selesa dan lancar di klinik kami, di mana keutamaan diberikan sepenuhnya kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.
Pasukan kami yang berpengalaman dan berdedikasi sedia untuk memberikan layanan yang selamat dan mesra. Dengan kepakaran di Chin & Lim, anda akan dapat hasil yang terbaik untuk mendapatkan senyuman sihat dan menawan yang berkekalan.
Kepakaran
Pasukan pergigian berkemahiran tinggi yang berdedikasi untuk memberikan hasil terbaik.
Teknologi Terkini
Peralatan moden dan canggih untuk memastikan ketepatan dan keselesaan semasa rawatan.
Pengalaman
Hampir sedekad berkhidmat untuk komuniti setempat dengan penuh dedikasi.
Persekitaran Selesa
Ruang klinik moden dan tenang untuk pengalaman rawatan yang lebih santai dan menyenangkan.
Apa Kata Pesakit Kami
Rawatan Kosmetik Gigi di Chin & Lim Dental Penang
Senyuman yang indah boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan. Di Chin Lim Dental, kami bersedia untuk membantu anda mendapatkan senyuman impian yang anda idamkan. Hubungi kami hari ini untuk jadualkan sesi perundingan anda. Mulakan langkah pertama ke arah penampilan yang lebih yakin dan menawan!










