Baru sahaja pasang braces? Atau mungkin anda sedang bersiap sedia untuk janji temu pelarasan pertama dan kini mulut anda terasa seolah-olah telah ‘berlawan’ dengan peninju.
Sakit gigi masa pakai braces adalah sesuatu yang hampir semua pesakit alami, namun tempoh kesakitannya (dan tahap ketidakselesaan) bergantung kepada beberapa faktor termasuk tahap toleransi anda terhadap kesakitan, jenis braces yang digunakan, serta bagaimana tubuh anda menyesuaikan diri dengan tekanan ke atas gigi.
Sama ada anda sedang mempertimbangkan rawatan ortodontik atau sudah pun memakai braces, mengetahui apa yang bakal dialami boleh membantu anda lebih bersedia menghadapinya. Jika anda masih dalam fasa pertimbangan, anda boleh baca lebih lanjut mengenai perkhidmatan braces di sini.
Dalam panduan ini, kami akan terangkan bila kesakitan mula memuncak, apa yang boleh dijangka dalam minggu pertama, dan yang paling penting, cara hilangkan sakit gigi masa pakai braces tanpa membuatkan anda tertekan.
Kenapa Braces Sakit Selepas Dipasang?

Secara ringkasnya, braces berfungsi dengan memberikan tekanan yang konsisten untuk menggerakkan gigi ke kedudukan yang lebih baik. Namun, tekanan inilah yang menjadi punca utama ketidakselesaan.
Apabila braces mula dipasang atau dilaraskan, gigi, gusi dan juga tulang rahang akan bertindak balas terhadap daya tersebut. Ini mencetuskan tindak balas semula jadi badan iaitu keradangan ringan, yang menyebabkan rasa ngilu, sakit berdenyut atau sengal-sengal. Rasa ini perkara biasa kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Jenis braces yang anda pilih juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan:
- Braces logam tradisional menggunakan pendakap dan dawai untuk menarik gigi secara beransur-ansur ke tempat yang sepatutnya.
- Braces seramik pula berfungsi dengan cara yang sama tetapi kurang ketara secara visual. Namun, ia juga boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serupa.
- Pelurus gigi lutsinar seperti Invisalign memberikan tekanan melalui dulang yang ketat. Ia boleh ditanggalkan, tetapi rasa ketat ketika menukar set baharu juga boleh menyebabkan kesakitan.
Tapi ingat, kesakitan ini bukanlah tanda ada sesuatu yang tidak kena, ia sebenarnya menunjukkan gigi anda sedang bergerak. Dengan memahami apa yang berlaku di sebalik rasa sakit ini, anda boleh mencari cara kurangkan sakit gigi akibat braces dengan lebih berkesan.
Garis Masa Biasa Kesakitan Braces
Sakit gigi bila pakai braces tidak sama bagi setiap individu, tetapi secara umumnya ia mengikuti corak yang hampir serupa. Kebanyakan pesakit akan mengalami ketidakselesaan dalam tiga fasa utama: sebaik sahaja braces dipasang, setiap kali temu janji pelarasan, dan kadang-kadang dalam jangka masa panjang.
Mengetahui apa yang dijangka setiap hari boleh membantu anda lebih bersedia, terutamanya jika ini kali pertama anda menjalani rawatan ortodontik.
Hari Pertama – Saat Braces Dipasang
Pada saat braces mula dipasang, anda mungkin tidak rasa sakit serta-merta. Namun, selepas beberapa jam, anda akan mula perasan rasa tekanan yang pelik dan ketat pada bahagian gigi.
Inilah permulaan kerja pendakap logam dan dawai yang mula menggerakkan gigi anda. Ia bukan kesakitan yang tajam, tetapi lebih kepada rasa tidak selesa, seolah-olah ada sesuatu menarik gigi anda dengan perlahan.
Menurut beberapa pesakit kami di Bayan Lepas, ia merupakan sakit berdenyut yang makin ketara menjelang waktu malam. Anda juga mungkin berasa pedih atau tidak selesa di bahagian dalam pipi atau bibir akibat geseran pendakap terhadap tisu lembut mulut.
Sakit gigi selepas pasang braces ini adalah perkara biasa. Memahami perubahan ini adalah langkah awal untuk kurangkan sakit braces secara berkesan.
Hari ke-2 hingga ke-3: Puncak Kesakitan
Menjelang hari kedua atau ketiga, kesakitan biasanya mencapai tahap maksimum. Menggigit makanan yang lebih keras daripada pisang pun boleh terasa seperti mengunyah kaca (jangan risau – ini hanya sementara). Malah, bercakap dan memberus gigi pun boleh terasa sensitif ketika ini.
Inilah waktu di mana ramai mula tertanya-tanya, “apa cara hilangkan sakit gigi lepas pakai braces?” – dan kami akan kongsikan beberapa tip berguna sebentar lagi.
Temu Janji Pelarasan Braces Bulanan
Setiap beberapa minggu, doktor gigi anda akan melakukan pelarasan pada braces untuk meneruskan pergerakan gigi. Sesi pelarasan ini biasanya akan menyebabkan kitaran sakit gigi selepas pakai braces yang serupa, tetapi dalam tempoh yang lebih singkat.
Kebanyakan pesakit akan kembali rasa ketat atau ngilu selama sehari atau dua, kemudian kesakitan akan beransur-ansur hilang.
Ada yang menggelarnya sebagai “reset sakit versi mini”, tetapi jangan risau, tahap kesakitannya biasanya semakin berkurang apabila gigi mula menyesuaikan diri dengan kedudukan baharu.
Adakah Braces Boleh Menyebabkan Sakit Kepala?

Ya – memang boleh.
Walaupun tidak semua orang mengalaminya, ada pesakit yang melaporkan sakit kepala sejurus selepas memakai braces atau selepas sesi pelarasan. Puncanya? Ia biasanya berpunca daripada gabungan tekanan dan ketegangan otot.
Apabila gigi anda mula digerakkan secara perlahan-lahan, tekanan itu bukan hanya tertumpu pada gigi, ia turut memberi kesan kepada rahang dan otot muka. Tekanan inilah yang boleh mencetuskan sakit kepala jenis ketegangan, terutamanya beberapa hari pertama selepas braces dilaraskan.
Beberapa faktor lain yang boleh menyumbang termasuk:
- Mengeraskan rahang secara tidak sedar, terutama ketika tidur
- Keradangan pada gusi atau tisu sekeliling
- Tekanan perasaan atau kebimbangan, terutama bagi pemakai braces kali pertama
Jika anda sememangnya cenderung mengalami sakit kepala, pemakaian braces mungkin memburukkan sedikit simptom tersebut pada peringkat awal. Di Klinik Pergigian Chin Lim, kami sering menasihatkan pesakit agar kekal terhidrat, gunakan pek sejuk (cold compress), dan ambil ubat tahan sakit yang sesuai semasa tempoh pelarasan.
Sakit kepala dan sakit gigi pakai braces seperti ini biasanya bersifat sementara. Apabila gigi anda mula stabil, simptom tersebut akan beransur-ansur hilang.
Cara Hilangkan Sakit Gigi Pakai Braces dengan Cepat

Sakit gigi braces tidak semestinya perlu merosakkan hari anda – atau selera makan anda. Jika anda sedang melalui fasa “kenapa aku buat keputusan ni?”, berikut adalah beberapa cara hilangkan sakit gigi masa pakai braces yang terbukti berkesan.
Ada yang memberikan kelegaan serta-merta, dan ada juga yang membantu anda menyesuaikan diri dalam jangka masa panjang. Anda tidak perlu lakukan semuanya sekaligus, tetapi gabungan beberapa kaedah boleh memberikan kesan yang ketara.
Kumur Air Garam
Salah satu petua paling mudah yang boleh dicuba di rumah sebenarnya ada di dapur anda.
Campurkan satu sudu teh garam ke dalam segelas air suam dan kumur perlahan-lahan di dalam mulut selama kira-kira 30 saat. Kaedah ini membantu mengurangkan keradangan dan melegakan bahagian gusi yang sakit terutamanya jika pendakap atau dawai braces menyebabkan geseran pada bahagian dalam pipi atau bibir.
Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk hilangkan sakit gigi selepas pakai braces secara semula jadi.
Ubat Tahan Sakit
Jika rasa sakit semakin mengganggu tumpuan harian, pengambilan ubat seperti ibuprofen atau paracetamol dalam dos rendah boleh memberikan kelegaan yang cepat. Pastikan anda mengikuti arahan dos yang betul dan hanya ambil apabila perlu. Jangan jadikannya sebagai penyelesaian jangka panjang.
Di Klinik Pergigian Chin Lim, kami sering menyarankan pesakit untuk mengambil satu dos kira-kira sejam sebelum sesi pelarasan braces, untuk kurangkan sakit braces dan mengawal kesakitan sebelum ia bermula.
Kompres Sejuk
Meletakkan pek ais atau beg kacang pis sejuk beku yang dibalut dengan tuala pada bahagian luar rahang boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
Gunakannya selama 10 hingga 15 minit setiap kali. Kaedah ini sangat berguna apabila bahagian dalam mulut terasa sensitif, terutamanya selepas sesi pelarasan braces. Ia adalah antara cara hilangkan sakit yang mudah dan berkesan, terutama jika anda inginkan kelegaan cepat tanpa ubat.
Air Sejuk atau Ketulan Ais Kecil
Jika anda berada di luar rumah dan tidak mempunyai ubat tahan sakit atau kompres sejuk, cuba minum air sejuk atau hisap ketulan ais kecil untuk kelegaan segera. Suhu sejuk dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan rasa sakit dengan cepat.
Ia ibarat butang “reset” untuk mulut anda. Tapi ingat, jangan kunyah ais tersebut. Kaedah ini ringkas, mudah, dan antara petua yang boleh dilakukan bila-bila masa, terutamanya selepas pelarasan.
Makanan Lembut yang Membantu
Inilah masa yang sesuai untuk elakkan makanan yang rangup, liat atau melekit buat sementara waktu. Pilih makanan lembut seperti:
- Kentang lenyek
- Yogurt
- Smoothie
- Telur hancur
- Bubur
Makanan-makanan ini bukan sahaja membantu kurangkan sakit gigi braces, malah mengelakkan kerengsaan tambahan pada waktu gigi sedang paling sensitif. Jika anda tidak pasti apa yang sesuai untuk dimakan, dapatkan nasihat pakar ortodontik anda.
Urutan Gusi
Ya – kaedah ini memang wujud.
Mengurut gusi anda secara perlahan dengan jari yang bersih atau berus gigi yang lembut boleh merangsang aliran darah dan melegakan rasa ngilu. Pastikan anda tidak menekan terlalu kuat. Petua ini macam pelik, tetapi ada pesakit kami yang benar-benar percaya dengan keberkesanan kaedah ini secara semula jadi.
Sakit Ke Semasa Memasang atau Menanggalkan Braces?

Mari kita jelaskan perkara ini: proses memasang braces sebenarnya tidak menyakitkan. Apa yang menyebabkan ketidakselesaan ialah apa yang berlaku selepas braces dipasang apabila tekanan mula dikenakan pada gigi anda.
Pada waktu inilah anda mungkin akan mula merasa ngilu, ketat atau tidak selesa, seperti yang telah kami huraikan sebelum ini mengenai sakit gigi selepas pakai braces.
Bila Perlu Berjumpa Doktor Gigi?

Ketidakselesaan ringan adalah perkara biasa semasa dan selepas menjalani rawatan braces. Namun, jika kesakitan yang anda alami melebihi apa yang telah kami huraikan tadi, ia mungkin petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Berikut adalah situasi di mana anda perlu menghubungi doktor gigi anda:
Sakit Berpanjangan yang Tidak Berkurang
Jika sudah lebih seminggu sejak braces anda dilaraskan (atau dipasang), tetapi rasa sakit masih belum reda, ia boleh disebabkan oleh kedudukan bracket yang tidak betul, atau tekanan berlebihan pada gigi tertentu.
Sakit Tajam atau Mengejut
Rasa ngilu atau sengal adalah perkara biasa. Tetapi jika anda tiba-tiba merasa sakit yang tajam atau mencucuk pada gigi atau kawasan tertentu, jangan abaikan dia. Ia mungkin menandakan masalah seperti saraf terdedah, enamel retak, atau bracket yang tidak dipasang dengan sempurna.
Gusi Berdarah atau Bengkak
Sedikit sensitiviti pada gusi adalah perkara biasa, terutamanya dalam minggu pertama pemakaian braces. Namun, jika berlaku pendarahan aktif, bengkak ketara, atau keluar nanah, itu mungkin petanda penyakit gusi atau jangkitan. Braces boleh menyukarkan penjagaan kebersihan mulut, jadi penting untuk sentiasa peka terhadap sebarang tanda keradangan.
Bracket Tercabut atau Dawai Tercucuk
Jika bracket tercabut atau dawai mula mencucuk bahagian dalam pipi anda, hubungi doktor gigi dengan segera. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh melambatkan tempoh rawatan atau mencederakan tisu lembut dalam mulut.
Sakit Rahang atau Sakit Kepala yang Berterusan
Sedikit rasa ketat pada rahang adalah perkara biasa, tetapi jika anda sering mengalami sakit kepala atau sakit rahang yang menjejaskan rutin harian, kemungkinan besar kedudukan gigitan (bite) anda perlu dilaraskan. Pelarasan kecil oleh pakar ortodontik boleh memberikan perubahan yang besar dalam keselesaan anda.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, jangan tunggu lama. Anda sentiasa boleh menghubungi klinik pergigian pilihan anda di Bayan Lepas. Pasukan kami di Klinik Pergigian Chin Lim sedia membantu anda kekal selesa, selamat, dan berada di landasan yang betul sepanjang perjalanan rawatan braces anda.
Soalan Lazim Tentang Sakit Gigi Pakai Braces
Kesakitan selepas sesi pelarasan biasanya berlangsung antara 1 hingga 3 hari. Ada juga yang mengalami rasa ngilu selama seminggu, tetapi ia akan beransur-ansur reda. Jika rasa sakit semakin teruk selepas beberapa hari, jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.
Ya, boleh, terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas memakai atau melaraskan braces. Ini biasanya berpunca daripada ketegangan pada rahang atau perubahan pada gigitan. Minum air secukupnya, ambil ubat tahan sakit yang sesuai, dan gunakan kompres sejuk boleh membantu melegakan simptom ini.
Anda boleh cuba sapu gel kebas mulut atau ambil ubat tahan sakit ringan kira-kira sejam sebelum tidur. Tidur dalam posisi terlentang dengan bantal yang lembut juga boleh mengurangkan tekanan pada rahang. Ada juga yang mendapati minum air sejuk sebelum tidur membantu sebagai salah satu cara hilangkan sakit gigi pakai braces waktu malam.
Boleh — tetapi hasilnya mungkin tidak sekata. Bahagian gigi yang dilitupi bracket tidak akan terkena rawatan pemutihan. Sebab itu, kami biasanya menyarankan anda tunggu sehingga braces ditanggalkan sebelum menjalani rawatan pemutihan untuk hasil yang lebih sekata.
Jika sakit gigi braces berlarutan lebih dari 7 hari, berlaku pendarahan gusi, terasa sakit mencucuk secara tiba-tiba, atau jika kesakitan itu mengganggu rutin harian anda, itu tanda anda perlu segera berjumpa doktor gigi. Mungkin ada pelarasan yang perlu dilakukan.
Klinik Gigi Di Penang
Sakit Braces Adalah Cabaran Dalam Meluruskan Gigi, Tetapi Anda Tak Perlu Menderita

Di Klinik Pergigian Chin Lim, kami telah membantu ramai pesakit dari Bayan Lepas dan seluruh Pulau Pinang menjalani rawatan braces dengan lebih selesa dan penuh perhatian. Sama ada anda baru pertama kali memakai braces atau sedang menyesuaikan diri dengan pelarasan terkini, pasukan kami sedia membimbing anda di setiap langkah.
Daripada nasihat pemakanan lembut sehinggalah kepada pembaikan bracket secara kecemasan, kami hanya satu panggilan sahaja daripada membantu mengembalikan senyuman anda ke landasan yang betul.
Tempah temu janji anda hari ini di Klinik Pergigian kami di Bayan Lepas, atau hubungi kami terus untuk menetapkan sesi konsultasi.
Mari jadikan perjalanan braces anda lebih lancar dan jauh lebih selesa.



