{"id":4214,"date":"2025-12-11T18:39:27","date_gmt":"2025-12-11T10:39:27","guid":{"rendered":"https:\/\/dentistpenang.my\/?p=4214"},"modified":"2025-12-11T18:44:05","modified_gmt":"2025-12-11T10:44:05","slug":"sakit-gigi-braces-berapa-lama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/blog\/sakit-gigi-braces-berapa-lama\/","title":{"rendered":"Berapa Lama Sakit Gigi Pakai Braces Akan Berlarutan? Panduan Realistik Daripada Pasukan Pergigian Kami"},"content":{"rendered":"<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"4214\" class=\"elementor elementor-4214\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-2f00e5b e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"2f00e5b\" data-element_type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-06acefd elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"06acefd\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><span style=\"font-weight: 400;\">Baru sahaja pasang braces? Atau mungkin anda sedang bersiap sedia untuk janji temu pelarasan pertama dan kini mulut anda terasa seolah-olah telah \u2018berlawan\u2019 dengan peninju.<\/span><\/p><p><b>Sakit gigi masa pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> adalah sesuatu yang hampir semua pesakit alami, namun tempoh kesakitannya (dan tahap ketidakselesaan) bergantung kepada beberapa faktor termasuk tahap toleransi anda terhadap kesakitan, jenis braces yang digunakan, serta bagaimana tubuh anda menyesuaikan diri dengan tekanan ke atas gigi.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Sama ada anda sedang mempertimbangkan rawatan ortodontik atau sudah pun memakai braces, mengetahui apa yang bakal dialami boleh membantu anda lebih bersedia menghadapinya. Jika anda masih dalam fasa pertimbangan, anda boleh baca lebih lanjut mengenai <\/span><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/treatment\/braces\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">perkhidmatan braces<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> di sini.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam panduan ini, kami akan terangkan bila kesakitan mula memuncak, apa yang boleh dijangka dalam minggu pertama, dan yang paling penting, <\/span><b>cara hilangkan sakit gigi masa pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> tanpa membuatkan anda tertekan.<\/span><\/p><h2><b>Kenapa Braces Sakit Selepas Dipasang?<\/b><\/h2><p><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-4327\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3.png\" alt=\"Sakit braces\" width=\"1200\" height=\"738\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3.png 1200w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3-300x185.png 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3-1024x630.png 1024w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3-768x472.png 768w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/2-3-18x12.png 18w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara ringkasnya, braces berfungsi dengan memberikan tekanan yang konsisten untuk menggerakkan gigi ke kedudukan yang lebih baik. Namun, tekanan inilah yang menjadi punca utama ketidakselesaan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila braces mula dipasang atau dilaraskan, gigi, gusi dan juga tulang rahang akan bertindak balas terhadap daya tersebut. Ini mencetuskan tindak balas semula jadi badan iaitu keradangan ringan, yang menyebabkan rasa ngilu, sakit berdenyut atau sengal-sengal. Rasa ini perkara biasa kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jenis braces yang anda pilih juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan:<\/span><\/p><ul><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Braces logam tradisional<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> menggunakan pendakap dan dawai untuk menarik gigi secara beransur-ansur ke tempat yang sepatutnya.<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Braces seramik<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> pula berfungsi dengan cara yang sama tetapi kurang ketara secara visual. Namun, ia juga boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serupa.<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pelurus gigi lutsinar<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti <\/span><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/treatment\/invisalign\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">Invisalign<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\"> memberikan tekanan melalui dulang yang ketat. Ia boleh ditanggalkan, tetapi rasa ketat ketika menukar set baharu juga boleh menyebabkan kesakitan.<\/span><\/span><\/span><p>\u00a0<\/p><\/li><\/ul><p><span style=\"font-weight: 400;\">Tapi ingat, kesakitan ini bukanlah tanda ada sesuatu yang tidak kena, ia sebenarnya menunjukkan gigi anda sedang bergerak. Dengan memahami apa yang berlaku di sebalik rasa sakit ini, anda boleh mencari <\/span><b>cara kurangkan sakit gigi akibat braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan lebih berkesan.<\/span><\/p><h2><b>Garis Masa Biasa Kesakitan Braces<\/b><\/h2><p><b>Sakit gigi bila pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> tidak sama bagi setiap individu, tetapi secara umumnya ia mengikuti corak yang hampir serupa. Kebanyakan pesakit akan mengalami ketidakselesaan dalam tiga fasa utama: sebaik sahaja braces dipasang, setiap kali temu janji pelarasan, dan kadang-kadang dalam jangka masa panjang.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengetahui apa yang dijangka setiap hari boleh membantu anda lebih bersedia, terutamanya jika ini kali pertama anda menjalani rawatan ortodontik.<\/span><\/p><h3><b>Hari Pertama \u2013 Saat Braces Dipasang<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada saat <\/span><b>braces mula dipasang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, anda mungkin tidak rasa sakit serta-merta. Namun, selepas beberapa jam, anda akan mula perasan rasa tekanan yang pelik dan ketat pada bahagian gigi.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Inilah permulaan kerja pendakap logam dan dawai yang mula menggerakkan gigi anda. Ia bukan kesakitan yang tajam, tetapi lebih kepada rasa tidak selesa, seolah-olah ada sesuatu menarik gigi anda dengan perlahan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Menurut beberapa pesakit kami di Bayan Lepas, ia merupakan sakit berdenyut yang makin <\/span><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/blog\/tooth-pain-at-night\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">ketara menjelang waktu malam<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Anda juga mungkin berasa pedih atau tidak selesa di bahagian dalam pipi atau bibir akibat geseran pendakap terhadap tisu lembut mulut.<\/span><\/p><p><b>Sakit gigi selepas pasang braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> ini adalah perkara biasa. Memahami perubahan ini adalah langkah awal untuk kurangkan sakit braces secara berkesan.<\/span><\/p><h3><b>Hari ke-2 hingga ke-3: Puncak Kesakitan<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Menjelang hari kedua atau ketiga, kesakitan biasanya mencapai tahap maksimum. Menggigit makanan yang lebih keras daripada pisang pun boleh terasa seperti mengunyah kaca (jangan risau \u2013 ini hanya sementara). Malah, bercakap dan memberus gigi pun boleh terasa sensitif ketika ini.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Inilah waktu di mana ramai mula tertanya-tanya, \u201c<\/span><b>apa cara hilangkan sakit gigi lepas pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">?\u201d \u2013 dan kami akan kongsikan beberapa tip berguna sebentar lagi.<\/span><\/p><h3><b>Temu Janji Pelarasan Braces Bulanan<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap beberapa minggu, doktor gigi anda akan melakukan pelarasan pada braces untuk meneruskan pergerakan gigi. Sesi pelarasan ini biasanya akan menyebabkan <\/span><b>kitaran sakit gigi selepas pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> yang serupa, tetapi dalam tempoh yang lebih singkat.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebanyakan pesakit akan kembali rasa ketat atau ngilu selama sehari atau dua, kemudian kesakitan akan beransur-ansur hilang.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada yang menggelarnya sebagai \u201creset sakit versi mini\u201d, tetapi jangan risau, tahap kesakitannya biasanya semakin berkurang apabila gigi mula menyesuaikan diri dengan kedudukan baharu.<\/span><\/p><h2><b>Adakah Braces Boleh Menyebabkan Sakit Kepala?<\/b><\/h2><p><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-4328\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3.png\" alt=\"Sakit kepala sebab memakai braces\" width=\"1200\" height=\"738\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3.png 1200w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3-300x185.png 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3-1024x630.png 1024w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3-768x472.png 768w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3-3-18x12.png 18w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ya \u2013 memang boleh.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun tidak semua orang mengalaminya, ada pesakit yang melaporkan sakit kepala sejurus selepas memakai braces atau selepas sesi pelarasan. Puncanya? Ia biasanya berpunca daripada gabungan tekanan dan ketegangan otot.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila gigi anda mula digerakkan secara perlahan-lahan, tekanan itu bukan hanya tertumpu pada gigi, ia turut memberi kesan kepada rahang dan otot muka. Tekanan inilah yang boleh mencetuskan sakit kepala jenis ketegangan, terutamanya beberapa hari pertama selepas braces dilaraskan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Beberapa faktor lain yang boleh menyumbang termasuk:<\/span><\/p><ul><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mengeraskan rahang secara tidak sedar, terutama ketika tidur<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keradangan pada gusi atau tisu sekeliling<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tekanan perasaan atau kebimbangan, terutama bagi pemakai braces kali pertama<br \/><\/span><\/span><\/span><br \/>Jika anda sememangnya cenderung mengalami sakit kepala, pemakaian braces mungkin memburukkan sedikit simptom tersebut pada peringkat awal. Di Klinik Pergigian Chin Lim, kami sering menasihatkan pesakit agar kekal terhidrat, gunakan pek sejuk (cold compress), dan ambil ubat tahan sakit yang sesuai semasa tempoh pelarasan.<br \/><br \/><\/li><\/ul><p><b>Sakit kepala dan sakit gigi pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti ini biasanya bersifat sementara. Apabila gigi anda mula stabil, simptom tersebut akan beransur-ansur hilang.<\/span><\/p><h2><b>Cara Hilangkan Sakit Gigi Pakai Braces dengan Cepat<\/b><\/h2><p><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-4329\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3.png\" alt=\"Beg ais untuk kurangkan sakit gigi\" width=\"1200\" height=\"738\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3.png 1200w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3-300x185.png 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3-1024x630.png 1024w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3-768x472.png 768w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/4-3-18x12.png 18w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p><p><b>Sakit gigi braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> tidak semestinya perlu merosakkan hari anda \u2013 atau selera makan anda. Jika anda sedang melalui fasa \u201ckenapa aku buat keputusan ni?\u201d, berikut adalah beberapa <\/span><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/blog\/how-to-remove-braces-pain\/\"><b>cara hilangkan sakit gigi masa pakai braces<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> yang terbukti berkesan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada yang memberikan kelegaan serta-merta, dan ada juga yang membantu anda menyesuaikan diri dalam jangka masa panjang. Anda tidak perlu lakukan semuanya sekaligus, tetapi gabungan beberapa kaedah boleh memberikan kesan yang ketara.<\/span><\/p><h3><b>Kumur Air Garam<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Salah satu petua paling mudah yang boleh dicuba di rumah sebenarnya ada di dapur anda.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Campurkan satu sudu teh garam ke dalam segelas air suam dan kumur perlahan-lahan di dalam mulut selama kira-kira 30 saat. Kaedah ini membantu mengurangkan keradangan dan melegakan bahagian gusi yang sakit terutamanya jika pendakap atau dawai braces menyebabkan geseran pada bahagian dalam pipi atau bibir.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk<\/span><b> hilangkan sakit gigi selepas pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> secara semula jadi.<\/span><\/p><h3><b>Ubat Tahan Sakit<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika rasa sakit semakin mengganggu tumpuan harian, <\/span><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/blog\/ubat-tahan-sakit-gigi-penang\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">pengambilan ubat<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti ibuprofen atau paracetamol dalam dos rendah boleh memberikan kelegaan yang cepat. Pastikan anda mengikuti arahan dos yang betul dan hanya ambil apabila perlu. Jangan jadikannya sebagai penyelesaian jangka panjang.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Di Klinik Pergigian Chin Lim, kami sering menyarankan pesakit untuk mengambil satu dos kira-kira sejam sebelum sesi pelarasan braces, untuk kurangkan sakit braces dan mengawal kesakitan sebelum ia bermula.<\/span><\/p><h3><b>Kompres Sejuk<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Meletakkan pek ais atau beg kacang pis sejuk beku yang dibalut dengan tuala pada bahagian luar rahang boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Gunakannya selama 10 hingga 15 minit setiap kali. Kaedah ini sangat berguna apabila bahagian dalam mulut terasa sensitif, terutamanya selepas sesi pelarasan braces. Ia adalah antara <\/span><b>cara hilangkan sakit<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> yang mudah dan berkesan, terutama jika anda inginkan kelegaan cepat tanpa ubat.<\/span><\/p><h3><b>Air Sejuk atau Ketulan Ais Kecil<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda berada di luar rumah dan tidak mempunyai ubat tahan sakit atau kompres sejuk, cuba minum air sejuk atau hisap ketulan ais kecil untuk kelegaan segera. Suhu sejuk dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan rasa sakit dengan cepat.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ia ibarat butang &#8220;reset&#8221; untuk mulut anda. Tapi ingat, jangan kunyah ais tersebut. Kaedah ini ringkas, mudah, dan antara petua yang boleh dilakukan bila-bila masa, terutamanya selepas pelarasan.<\/span><\/p><h3><b>Makanan Lembut yang Membantu<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Inilah masa yang sesuai untuk elakkan makanan yang rangup, liat atau melekit buat sementara waktu. Pilih makanan lembut seperti:<\/span><\/p><ul><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kentang lenyek<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Yogurt<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Smoothie<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Telur hancur<\/span><\/li><li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bubur<br \/><\/span><\/span><br \/>Makanan-makanan ini bukan sahaja membantu <b style=\"background-color: transparent;\">kurangkan sakit gigi braces<\/b><span style=\"background-color: transparent;\">, malah mengelakkan kerengsaan tambahan pada waktu gigi sedang paling sensitif. Jika anda tidak pasti apa yang sesuai untuk dimakan, dapatkan nasihat pakar ortodontik anda.<\/span><\/li><\/ul><h3><b>Urutan Gusi<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ya \u2013 kaedah ini memang wujud.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengurut gusi anda secara perlahan dengan jari yang bersih atau berus gigi yang lembut boleh merangsang aliran darah dan melegakan rasa ngilu. Pastikan anda tidak menekan terlalu kuat. Petua ini macam pelik, tetapi ada pesakit kami yang benar-benar percaya dengan keberkesanan kaedah ini secara semula jadi.<\/span><\/p><h2><b>Sakit Ke Semasa Memasang atau Menanggalkan Braces?<\/b><\/h2><p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-4330\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3.png\" alt=\"Doktor memasang braces pada pesakit\" width=\"1200\" height=\"738\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3.png 1200w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3-300x185.png 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3-1024x630.png 1024w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3-768x472.png 768w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/5-3-18x12.png 18w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Mari kita jelaskan perkara ini: proses memasang braces sebenarnya <\/span><b>tidak menyakitkan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Apa yang menyebabkan ketidakselesaan ialah apa yang berlaku <\/span><b>selepas braces dipasang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> apabila tekanan mula dikenakan pada gigi anda.\u00a0<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada waktu inilah anda mungkin akan mula merasa ngilu, ketat atau tidak selesa, seperti yang telah kami huraikan sebelum ini mengenai <\/span><b>sakit gigi selepas pakai braces<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p><h2><b>Bila Perlu Berjumpa Doktor Gigi?<\/b><\/h2><p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-4331\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3.png\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"738\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3.png 1200w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3-300x185.png 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3-1024x630.png 1024w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3-768x472.png 768w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/6-3-18x12.png 18w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Ketidakselesaan ringan adalah perkara biasa semasa dan selepas menjalani rawatan braces. Namun, jika kesakitan yang anda alami melebihi apa yang telah kami huraikan tadi, ia mungkin petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah situasi di mana anda perlu menghubungi doktor gigi anda:<\/span><\/p><h3><b>Sakit Berpanjangan yang Tidak Berkurang<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika sudah lebih seminggu sejak braces anda dilaraskan (atau dipasang), tetapi rasa sakit masih belum reda, ia boleh disebabkan oleh kedudukan bracket yang tidak betul, atau tekanan berlebihan pada gigi tertentu.<\/span><\/p><h3><b>Sakit Tajam atau Mengejut<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Rasa ngilu atau sengal adalah perkara biasa. Tetapi jika anda tiba-tiba merasa <\/span><b>sakit yang tajam atau mencucuk<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> pada gigi atau kawasan tertentu, jangan abaikan dia. Ia mungkin menandakan masalah seperti saraf terdedah, enamel retak, atau bracket yang tidak dipasang dengan sempurna.<\/span><\/p><h3><b>Gusi Berdarah atau Bengkak<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Sedikit sensitiviti pada gusi adalah perkara biasa, terutamanya dalam minggu pertama pemakaian braces. Namun, jika berlaku <\/span><b>pendarahan aktif<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, <\/span><b>bengkak ketara<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, atau <\/span><b>keluar nanah<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, itu mungkin petanda penyakit gusi atau jangkitan. Braces boleh menyukarkan penjagaan kebersihan mulut, jadi penting untuk sentiasa peka terhadap sebarang tanda keradangan.<\/span><\/p><h3><b>Bracket Tercabut atau Dawai Tercucuk<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bracket tercabut atau dawai mula mencucuk bahagian dalam pipi anda, hubungi doktor gigi dengan segera. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh <\/span><b>melambatkan tempoh rawatan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> atau mencederakan tisu lembut dalam mulut.<\/span><\/p><h3><b>Sakit Rahang atau Sakit Kepala yang Berterusan<\/b><\/h3><p><span style=\"font-weight: 400;\">Sedikit rasa ketat pada rahang adalah perkara biasa, tetapi jika anda sering mengalami <\/span><b>sakit kepala<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> atau <\/span><b>sakit rahang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> yang menjejaskan rutin harian, kemungkinan besar kedudukan gigitan (bite) anda perlu dilaraskan. Pelarasan kecil oleh pakar ortodontik boleh memberikan perubahan yang besar dalam keselesaan anda.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, <\/span><b>jangan tunggu lama<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Anda sentiasa boleh menghubungi klinik pergigian pilihan anda di Bayan Lepas. Pasukan kami di <\/span><b>Klinik Pergigian Chin Lim<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> sedia membantu anda kekal selesa, selamat, dan berada di landasan yang betul sepanjang perjalanan rawatan braces anda.<\/span><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-72b250f elementor-widget elementor-widget-heading\" data-id=\"72b250f\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"heading.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t<h2 class=\"elementor-heading-title elementor-size-default\">Soalan Lazim Tentang Sakit Gigi Pakai Braces<\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-ef8427f elementor-widget elementor-widget-accordion\" data-id=\"ef8427f\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"accordion.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion\">\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion-item\">\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-title-2511\" class=\"elementor-tab-title\" data-tab=\"1\" role=\"button\" aria-controls=\"elementor-tab-content-2511\" aria-expanded=\"false\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon elementor-accordion-icon-left\" aria-hidden=\"true\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-closed\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-plus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H272V64c0-17.67-14.33-32-32-32h-32c-17.67 0-32 14.33-32 32v144H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h144v144c0 17.67 14.33 32 32 32h32c17.67 0 32-14.33 32-32V304h144c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-opened\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-minus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h384c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<a class=\"elementor-accordion-title\" tabindex=\"0\">Berapa lama sakit gigi selepas pelarasan braces akan berlarutan?<\/a>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-content-2511\" class=\"elementor-tab-content elementor-clearfix\" data-tab=\"1\" role=\"region\" aria-labelledby=\"elementor-tab-title-2511\"><p>Kesakitan selepas sesi pelarasan biasanya berlangsung antara 1 hingga 3 hari. Ada juga yang mengalami rasa ngilu selama seminggu, tetapi ia akan beransur-ansur reda. Jika rasa sakit semakin teruk selepas beberapa hari, jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion-item\">\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-title-2512\" class=\"elementor-tab-title\" data-tab=\"2\" role=\"button\" aria-controls=\"elementor-tab-content-2512\" aria-expanded=\"false\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon elementor-accordion-icon-left\" aria-hidden=\"true\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-closed\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-plus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H272V64c0-17.67-14.33-32-32-32h-32c-17.67 0-32 14.33-32 32v144H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h144v144c0 17.67 14.33 32 32 32h32c17.67 0 32-14.33 32-32V304h144c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-opened\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-minus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h384c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<a class=\"elementor-accordion-title\" tabindex=\"0\">Adakah braces boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala?<\/a>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-content-2512\" class=\"elementor-tab-content elementor-clearfix\" data-tab=\"2\" role=\"region\" aria-labelledby=\"elementor-tab-title-2512\"><p>Ya, boleh, terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas memakai atau melaraskan braces. Ini biasanya berpunca daripada ketegangan pada rahang atau perubahan pada gigitan. Minum air secukupnya, ambil ubat tahan sakit yang sesuai, dan gunakan kompres sejuk boleh membantu melegakan simptom ini.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion-item\">\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-title-2513\" class=\"elementor-tab-title\" data-tab=\"3\" role=\"button\" aria-controls=\"elementor-tab-content-2513\" aria-expanded=\"false\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon elementor-accordion-icon-left\" aria-hidden=\"true\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-closed\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-plus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H272V64c0-17.67-14.33-32-32-32h-32c-17.67 0-32 14.33-32 32v144H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h144v144c0 17.67 14.33 32 32 32h32c17.67 0 32-14.33 32-32V304h144c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-opened\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-minus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h384c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<a class=\"elementor-accordion-title\" tabindex=\"0\">Apa kaedah paling berkesan untuk kurangkan sakit gigi braces waktu malam?<\/a>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-content-2513\" class=\"elementor-tab-content elementor-clearfix\" data-tab=\"3\" role=\"region\" aria-labelledby=\"elementor-tab-title-2513\"><p>Anda boleh cuba sapu gel kebas mulut atau ambil ubat tahan sakit ringan kira-kira sejam sebelum tidur. Tidur dalam posisi terlentang dengan bantal yang lembut juga boleh mengurangkan tekanan pada rahang. Ada juga yang mendapati minum air sejuk sebelum tidur membantu sebagai salah satu cara hilangkan sakit gigi pakai braces waktu malam.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion-item\">\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-title-2514\" class=\"elementor-tab-title\" data-tab=\"4\" role=\"button\" aria-controls=\"elementor-tab-content-2514\" aria-expanded=\"false\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon elementor-accordion-icon-left\" aria-hidden=\"true\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-closed\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-plus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H272V64c0-17.67-14.33-32-32-32h-32c-17.67 0-32 14.33-32 32v144H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h144v144c0 17.67 14.33 32 32 32h32c17.67 0 32-14.33 32-32V304h144c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-opened\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-minus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h384c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<a class=\"elementor-accordion-title\" tabindex=\"0\">Bolehkah saya putihkan gigi semasa memakai braces?<\/a>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-content-2514\" class=\"elementor-tab-content elementor-clearfix\" data-tab=\"4\" role=\"region\" aria-labelledby=\"elementor-tab-title-2514\"><p>Boleh \u2014 tetapi hasilnya mungkin tidak sekata. Bahagian gigi yang dilitupi bracket tidak akan terkena rawatan pemutihan. Sebab itu, kami biasanya menyarankan anda tunggu sehingga braces ditanggalkan sebelum menjalani rawatan pemutihan untuk hasil yang lebih sekata.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-accordion-item\">\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-title-2515\" class=\"elementor-tab-title\" data-tab=\"5\" role=\"button\" aria-controls=\"elementor-tab-content-2515\" aria-expanded=\"false\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon elementor-accordion-icon-left\" aria-hidden=\"true\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-closed\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-plus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H272V64c0-17.67-14.33-32-32-32h-32c-17.67 0-32 14.33-32 32v144H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h144v144c0 17.67 14.33 32 32 32h32c17.67 0 32-14.33 32-32V304h144c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-accordion-icon-opened\"><svg class=\"e-font-icon-svg e-fas-minus\" viewbox=\"0 0 448 512\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\"><path d=\"M416 208H32c-17.67 0-32 14.33-32 32v32c0 17.67 14.33 32 32 32h384c17.67 0 32-14.33 32-32v-32c0-17.67-14.33-32-32-32z\"><\/path><\/svg><\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<a class=\"elementor-accordion-title\" tabindex=\"0\">Bagaimana saya tahu jika sakit yang saya alami bukan sesuatu yang normal?<\/a>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<div id=\"elementor-tab-content-2515\" class=\"elementor-tab-content elementor-clearfix\" data-tab=\"5\" role=\"region\" aria-labelledby=\"elementor-tab-title-2515\"><p>Jika sakit gigi braces berlarutan lebih dari 7 hari, berlaku pendarahan gusi, terasa sakit mencucuk secara tiba-tiba, atau jika kesakitan itu mengganggu rutin harian anda, itu tanda anda perlu segera berjumpa doktor gigi. Mungkin ada pelarasan yang perlu dilakukan.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<script type=\"application\/ld+json\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@type\":\"FAQPage\",\"mainEntity\":[{\"@type\":\"Question\",\"name\":\"Berapa lama sakit gigi selepas pelarasan braces akan berlarutan?\",\"acceptedAnswer\":{\"@type\":\"Answer\",\"text\":\"<p>Kesakitan selepas sesi pelarasan biasanya berlangsung antara 1 hingga 3 hari. Ada juga yang mengalami rasa ngilu selama seminggu, tetapi ia akan beransur-ansur reda. Jika rasa sakit semakin teruk selepas beberapa hari, jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.<\\\/p>\"}},{\"@type\":\"Question\",\"name\":\"Adakah braces boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala?\",\"acceptedAnswer\":{\"@type\":\"Answer\",\"text\":\"<p>Ya, boleh, terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas memakai atau melaraskan braces. Ini biasanya berpunca daripada ketegangan pada rahang atau perubahan pada gigitan. Minum air secukupnya, ambil ubat tahan sakit yang sesuai, dan gunakan kompres sejuk boleh membantu melegakan simptom ini.<\\\/p>\"}},{\"@type\":\"Question\",\"name\":\"Apa kaedah paling berkesan untuk kurangkan sakit gigi braces waktu malam?\",\"acceptedAnswer\":{\"@type\":\"Answer\",\"text\":\"<p>Anda boleh cuba sapu gel kebas mulut atau ambil ubat tahan sakit ringan kira-kira sejam sebelum tidur. Tidur dalam posisi terlentang dengan bantal yang lembut juga boleh mengurangkan tekanan pada rahang. Ada juga yang mendapati minum air sejuk sebelum tidur membantu sebagai salah satu cara hilangkan sakit gigi pakai braces waktu malam.<\\\/p>\"}},{\"@type\":\"Question\",\"name\":\"Bolehkah saya putihkan gigi semasa memakai braces?\",\"acceptedAnswer\":{\"@type\":\"Answer\",\"text\":\"<p>Boleh \\u2014 tetapi hasilnya mungkin tidak sekata. Bahagian gigi yang dilitupi bracket tidak akan terkena rawatan pemutihan. Sebab itu, kami biasanya menyarankan anda tunggu sehingga braces ditanggalkan sebelum menjalani rawatan pemutihan untuk hasil yang lebih sekata.<\\\/p>\"}},{\"@type\":\"Question\",\"name\":\"Bagaimana saya tahu jika sakit yang saya alami bukan sesuatu yang normal?\",\"acceptedAnswer\":{\"@type\":\"Answer\",\"text\":\"<p>Jika sakit gigi braces berlarutan lebih dari 7 hari, berlaku pendarahan gusi, terasa sakit mencucuk secara tiba-tiba, atau jika kesakitan itu mengganggu rutin harian anda, itu tanda anda perlu segera berjumpa doktor gigi. Mungkin ada pelarasan yang perlu dilakukan.<\\\/p>\"}}]}<\/script>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-3cd889d e-con-full e-flex e-con e-child\" data-id=\"3cd889d\" data-element_type=\"container\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-f805063 elementor-widget elementor-widget-heading\" data-id=\"f805063\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"heading.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t<h2 class=\"elementor-heading-title elementor-size-default\">Klinik Gigi Di Penang<\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-b3774e2 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"b3774e2\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<h2><b>Sakit Braces Adalah Cabaran Dalam Meluruskan Gigi, Tetapi Anda Tak Perlu Menderita<\/b><\/h2><p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-3238 size-full\" src=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ELLim-Clinic-e1749444734628.jpg\" alt=\"Chin Lim Dental Clinic Penang\" width=\"1013\" height=\"445\" title=\"\" srcset=\"https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ELLim-Clinic-e1749444734628.jpg 1013w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ELLim-Clinic-e1749444734628-300x132.jpg 300w, https:\/\/dentistpenang.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/ELLim-Clinic-e1749444734628-768x337.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1013px) 100vw, 1013px\" \/><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Di <\/span><b>Klinik Pergigian Chin Lim<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, kami telah membantu ramai pesakit dari Bayan Lepas dan seluruh Pulau Pinang menjalani rawatan braces dengan lebih selesa dan penuh perhatian. Sama ada anda baru pertama kali memakai braces atau sedang menyesuaikan diri dengan pelarasan terkini, pasukan kami sedia membimbing anda di setiap langkah.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">Daripada nasihat pemakanan lembut sehinggalah kepada pembaikan bracket secara kecemasan, kami hanya satu panggilan sahaja daripada membantu mengembalikan senyuman anda ke landasan yang betul.<\/span><\/p><p><a href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/contact\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tempah temu janji<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> anda hari ini di Klinik Pergigian kami di Bayan Lepas, atau hubungi kami terus untuk menetapkan sesi konsultasi.<\/span><\/p><p><b>Mari jadikan perjalanan braces anda lebih lancar dan jauh lebih selesa.<\/b><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-208439d elementor-widget elementor-widget-button\" data-id=\"208439d\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"button.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-button-wrapper\">\n\t\t\t<a class=\"elementor-button elementor-button-link elementor-size-sm\" href=\"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/contact\/\">\n\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-button-content-wrapper\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"elementor-button-text\">Buat Temujanji<\/span>\n\t\t\t\t\t<\/span>\n\t\t\t\t\t<\/a>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sakit gigi lepas pakai braces memang biasa, tapi dengan rawatan betul dan tip yang sesuai, anda boleh lalui proses ini dengan lebih mudah dan kurang stres.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4323,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4214","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-insights"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4214"}],"collection":[{"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4214"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4214\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4323"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4214"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4214"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/dentistpenang.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4214"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}